Tuesday 13 May 2014

Si Miskin Warisi Sifat Sombong Iblis

Dilabel bodoh mungkin sakit hati, begitu juga bajet bagus, tapi ia masih boleh relax n chill! lagi. Tapi bila tersembur kata-kata, "Eh sombong la lu bro." Hah yang itu ambo ambil peduli dan tak relax n chill! lagi.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu? Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan aku daripada api sedang dia, Engkau jadikan daripada tanah. Allah berfirman: Turunlah engkau dari syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau daripada golongan yang hina. (al-A’raff: 12-13)
 Firman Allah SWT lagi:
Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah ia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai (memperoleh) sesuatu pun daripada apa yang mereka usahakan dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang kafir. (al-Baqarah: 264) 
Sumber Gambar :- google

Si kaya yang sombong seperti satu kebiasaan kita mendengari kisahnya. Tapi apa hal pula jika si miskin yang sombong? Tak mengapa ke? Ye lah si miskin kan tak berharta, jadi apalah sangat nak di sombongkan.

Tapi hakikatnya sikap sombong ni tidak mengenal miskin atau kaya. Sombong, satu sifat yang diwarisi dari sifat iblis yang sombong enggan mentaati perintah Allah s.w.t untuk sujud kepada nabi Adam a.s diawal penciptaan manusia.

Jika ditadabbur kitab suci al-quran, pasti kita akan dapati kisah kesombongan dan angkuhnya iblis, sehingga akhirnya dihalau dari syurga dan dihumban ke neraka untuk selama-lamanya.

Sombong itu pakaian ahli neraka  - orang yang memberikan hartanya sebagai sedekah sekali pun, namun jika diiringi dengan kesombongan - sia-sialah sedekah tersebut.

Jika seorang yang kaya, berkuasa dan terhormat pun ditegah daripada bersifat dengan kesombongan, maka apatah lagi bagi orang miskin yang tidak mempunyai harta, tiada pangkat kebesaran dan kedudukan yang tinggi, maka pastilah menjadi suatu kejelikan jika mereka pula bersifat sombong.

Bukan berkhutbah, cuma betulkan diri sendiri. Sombong tak kenal darjat. Istilah lain boleh pakai hidung tinggi. Tak banyak pun ada sedikit terasa kena batang hidung sendiri.

Sumber 

Tuesday 6 May 2014

Cikgu Sekolah Memandu Hati Tisu

Salam,


Isunya cukup mudah, tapi jadi rumit bila terlalu berhati-hati. Isunya nak buat lesen memandu. Niat cuba nak survey harga yang lebih murah. Maklumlah student. Duit keluar dari poket lagi laju dari duit masuk. Jadi nak kena berhematlah urus kewangan. Pusing punya pusing akhirnya balik kepada ejen sekolah memandu yang pertama kali survey. Sebab harga di HQ lagi mahal dari yang ditawarkan ejen.

Sekali si ejen sentap- hati tisu, bila tahu ambo masuk pejabat di HQ institut memandu untuk tanyakan harga untuk proses buat lesen memandu kelas D. "Hah, kalau sudah pergi tanya sana, ko berurusan dengan orang sana je la". Salah ke seorang pelanggang atau pun pengguna cuba untuk dapatkan harga dan servis terbaik..aisehman!!

Masalah juga dengan minah rambut berkarat di kaunter HQ institut memandu tersebut. Sekali di bawa mulut pasal ambo pergi survey harga di sana.

Persoalannya, kalau terus daftar lesen dengan ejen lain di bawah sekolah memandu yang sama, agak-agak kena diskriminasi ker? Huh. husnuzon. Kalau sudah rezeki ambo ada di sini harapnya tak timbul masalah di kemudian hari.


Sunday 4 May 2014

Kembali Ke Gelanggang

Salam,

Hujan lebat yang menyimbah bumi Shah Alam seperti memberi ilham dan semangat untuk ambo kembali menulis di blog. Nak jadi hero atau jogho bagai diangan-angankan kononnya. Dunia bawah tempurung rasanya perlu dibiarkan terus sepi. Biarkan ia terus terpencil dalam dunianya sendiri.

Kita tukar gelanggang tempur baru - Unsung Jogho - biar ada semangat tempur baru. Sasarkan matlamat baru. Kali ini ambo cuba pastikan Unsung Jogho benar- benar "unsung". Biarkan Unsung Jogho pula jadi saksi jatuh bangun hidup ambo.

Bertemankan "karipap gedebak" dan secawan tea 'o' panas ambo gembleng tenaga dan kerah segala idea supaya Unsung Jogho jadi lebih baik dari "dunia bawah tempurung".