Tuesday 15 April 2014

Sel-Sel Otak Belum Berhubung

Salam,

Tak sampai 5 minit ambo on laptop bagi menyiapkan pre-lab untuk experiment High Voltageterlintas di fikiran ambo tentang persoalan kenapa ambo masih terkebil-kebil untuk mendaki kejayaan? Paling tidak pun capai setiap matlamat yang ditetapkan.

Takdir dan ketentuan Allah itu mana mungkin kita ketepikan sedangkan setiap yang berlaku adalah atas kehendak dan rahmat dari-Nya. Cuma dari sudut yang berlainan, dapat ambo simpulkan, puncanya adalah terlalu banyak matlamat dan kesemuanya adalah samar-samar.

Matlamat tidak jelas. Sekadar atas angin dan berlegar-legar diruang angan-angan. Seringkali bila buntu, ambo akan capai pen dan kertas dan mula mencatit punca visi ambo gagal dicapai. Tapi sayang seribu kali sayang ia cuma sembang je lebih. Sembang kencang, pokok pun boleh tumbang.

Mungkin ambo perlu kecilkan skop matlamat dan mulakan gerak kerja untuk jayakan misi yang kecil sebelum halakan mata panah untuk sesuatu yang lebih besar. Haihh..bermotivasi sungguh pagi ni. Kesan minum Horlick barangkali. Maka sel-sel otak pun mula berhubung.

Hmm..permulaan pagi yang positif bila ada semangat untuk jadikan hari ini lebih baik dari semalam.

#Jiwa Kental Hidup Bertuhan. Jika berkesempatan layari blog ni.

Monday 14 April 2014

Kita Adalah Juara..Kawan!

Salam,

Unsung Hero! Pasti semua pernah dengar perkataan ini. Unsung bermaksud tak diraikan, tidak diberi penghargaan. Unsung Hero pula boleh diertikan sebagai seorang indvidu yang memberikan sumbangan yang amat penting tetapi kurang diraikan sumbangan tersebut. Dalam kata lain unsung hero boleh diertikan sebagai wira yang tak didendang.

Tak semua orang nak jadi "unsung hero" ni. Sebab macam sia-sia berusaha tapi akhirnya tidak dihargai. Biasanya mereka ini buat sesuatu lebih mengharapkan penghargaan manusia. Di dambakannya sanjungan, penghormatan dari manusia. Namun tak ramai juga yang suka ditaburkan dengan puji-pujian dan tidak terlalu mengharapkan penghargaan dalam setiap apa yang dilakukan. Dalam bahasa mudahnya lebih selesa jadi "unsung hero". 

Jadi unsung hero ini kadang-kadang boleh mendatangkan tohmahan orang. Dilabelnya kita sebagai tak ada peranan. Tak berguna. Tak ada fungsi dalam sesuatu organisasi sebagai contohnya. Lalu akhirnya unsung hero ini tersingkir secara halus.

sumber :- msn.foxsport.com

Boleh jadi sebahagian kita tidak mengenali setiap satu para parajurit yang berjuang sampai ada yang terkorban. Mereka berjuang bermati-matian mempertahankan tanah air. Mereka itulah yang dipanggil "unsung heroes".

Masih ingat lagi setiap dari guru yang mengajar dan mendidik ketika di sekolah dulu-dulu. Di saat kita berjaya bergelar seorang jurutera, doktor, mahupun pensyarah berpangkat prof. Tak ada pula mereka datang menuntut penghargaan dari kita selaku anak murid. Kerana itulah mereka juga layak digelar "unsung heroes".

Dalam hidup ambo, "unsung heroes" berada di ranking pertama sudah tentu kedua ibu bapa. 

Sebenarnya ada seronoknya , jadi wira yang tak didendang ni. Kita sebenarnya sudah bebas dan terlepas dari menjadi hamba penghargaan manusia. Hidup pun jadi lebih tenang. Meskipun tiada sebarang sanjungan mahupun hamburan kata pujian, ketahuilah kita sebenarnya adalah juara yang sebenar. Truly A Champion.

Perjuangan, pengorbanan, penat lelah kita memerah keringat melakukan sesuatu perkara bermatlamatkan keredhaan Allah. Itu lah sepatutnya dan segala pujian adalah milik Dia.