Wednesday 11 June 2014

Jaga-Jaga..Zon Peperiksaan

Assalamualaikum,,

Sekarang telah masuk waktu stress (minggu ke-12) bagi kawasan UiTM Shah Alam dan UiTM yang sewaktu dengannya. Lawak 'hambar' yang ambo petik dari tweet seorang hamba Allah di twitter. Minggu peperiksaan dengan ungkapan "stress" cukup sinonim dan kamcing.


Tidak seperti semester sebelumnya, semester ini ambo hanya ada satu paper final. Bunyinya seperti nothing to be worried about. "Satu paper saja bro. Wat rilek, wat chill sudeyhh". Itu kata si polan. Walhal si polan tak tahu, satu paper itulah satu-satunya taruhan ambo untuk pastikan GPA semester ini tak merudum.

Di penghujung fasa pengajian ini, susunatur langkah perlu cermat. Maklumlah, salah langkah dan gagal bagi sebarang kursus sudah tiada masa lagi nak cover cacat cela pada cumulative grade pointer average (cgpa).

Bila perkatakan tentang CGPA ni, ada orang kata, "tak payah fikir pasal pointer sangat la hujung-hujung ni. Janji boleh grad ". Terhidu kelogikan disitu. Kalau betul nak jaga CGPA, dari awal lagi belajar betul-betul. Bukan di hujung-hujung baru nak kecoh nak kejar pointer. "Time wait for no man. Just go ahead". Cepat boleh konvo, cepat boleh cari kerja. Cepat dapat kerja, maka cepatlah boleh tolong mak ayah. Satu congakkan mudah. Tak perlu formula calculus mahupun apa-apa hukum fizik. Rezeki sudah Allah tentukan. Yang penting jangan mengeluh.
Kehidupan adalah peperiksaan yg paling susah. Ramai yang gagal kerana mereka meniru orang lain tanpa menyedari bahawa setiap orang mendapat kertas soalan yang berlainan.
Satu perkara yang ambo teringat. Yakni pesan ayahanda ambo. Tak panjang berjela macam falsafah aristotle ataupun puisi William Shakespears. Cuma seringkas dua baris ayat. "Bila berjaya maknanya kita diuji adakah kita bersyukur atau tidak. Bila gagal maknanya kita diuji lagi adakah kita bersabar atau tidak ".

Ringkas tapi mendalam maksudnya.


Thursday 5 June 2014

Tiada Masalah Tak Boleh Diselesaikan

Assalamualaikum!

Alhamdulillah, tak sia-sia rasanya (untuk setakat ini) tekad ambo untuk pergi berjumpa dengan Pn.Sham yang dulunya penolong pendaftar HEA. Tapi sekarang tak lagi. Sekarang telah beralih ke bahagian HEP. Meskipun masalah utamanya belum selesai. Tapi setidaknya terasa longgar sedikit himpitan tekanan projek tahun akhir.

Semacam ada harapan untuk ambo menggugurkan kursus projek tahun akhir tersebut. Langkah seterusnya cuma perlu mengadap Prof dekan untuk meluluskan permohonan tersebut. Jika ditanya kenapa nak gugurkan kursus berkenaan? Jawapan selamat yang boleh ambo kongsikan..tekanan+hilang punca!

Supervisor (SV) projek sudah lama bersara. Jadi ambo hilang punca untuk merujuk. Apa lagi sebab berbuat demikian.? Mau tidaknya dengan 5 jam kredit. Jadi meh sama-sama bayangkan jika ia gagal dan terpapar di result kelak...F!
Berbalik kepada peristiwa jumpa Pn.Sham. Sebelum ambo melangkah keluar dari pejabat beliau, satu pesanan dilontarkan.

"Jangan sampai fokus untuk final exam terjejas. Jaga solat. Banyakkan doa. Sabar. Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan." Ringkas tapi bermakna.
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.- [Surah Al Baqarah ayat 45&46] 

Satu perkara yang mungkin ambo dan kebanyakkan orang terlepas pandang apabila berdepan masalah. Yakni terlepas pandang pertolongan Allah. Begitu juga bila merancang satu perancangan. Kita umpama meletakkan Allah sebagai watak sampingan. Sedangkan kita tidak pernah terlepas dari pandangan-Nya.

UnsungJogho
4:59 a.m
Flat_5_Tingkat
Tenang_tunggu_Subuh

Tuesday 3 June 2014

Sang Semut Perkasa

Assalamualaikum,

Al-kisahnya si sang semut. Biar tubuh kecil tapi semangat itu kental. Fakta menunjukkan semut dapat mengangkat beban 50x ganda dari berat badannya. Makhluk kecil ciptaan Allah yang amat hebat. Ada teladan yang boleh di ambil dari semangat sang semut ni. Gigih berusaha- Tak mengenal erti putus asa-Yakin pada diri sendiri.

sumber- Amazing Pic.

Rasanya semut dalam gambar diatas lagi perkasa dari ambo...Segala macam cabaran dan ujian menampakkan ambo makin luntur semangatnya. Rasa terkial-kial meneruskan baki semester yang ada. Melihatkan tempoh pengajian hampir ke penghujung, makin kuat cabaran yang menuntut kesabaran dan kekuatan mental.

Lagi dua minggu pelajar-pelajar semester akhir bakal membentangkan hasil projek tahun akhir masing-masing. Ambo tak fikir, baki masa yang ada mampu ambo kejar untuk menyiapkan projek ambo yang tidak diketahui mana hujung dan mana pangkal.

Dengan supervisor (SV) projek telah lama bersara, bertambah terkial-kial misi ambo untuk habiskan projek tahun akhir semester ini. Bukan menyerah kalah, tapi bersikap realistik, bahawasanya kemenangan kali ini tidak di pihak ambo. Sakit rupanya jadi orang yang tewas ni.

Ikutkan hati mau saja packing barang dan bawa diri jauh-jauh. Jauh dari bumi bernama Shah Alam. Bukan lagi auta, ambo perlukan suntikan semangat baru. Tak boleh dibiarkan perkataan 'loser' sebati dengan darah daging ambo sebab ada sisa-sisa harapan yang perlu ambo realisasikan. Masih ada jiwa-jiwa yang menagihkan kejayaan dari seorang manusia yang ditatang semenjak dari tangisan pertama tidak berapa lama dulu. Insyaallah - jika diizin Tuhan!


UnsungJogho
2:50 a.m
Flat_5_Tingkat.
Kusut