Wednesday 11 June 2014

Jaga-Jaga..Zon Peperiksaan

Assalamualaikum,,

Sekarang telah masuk waktu stress (minggu ke-12) bagi kawasan UiTM Shah Alam dan UiTM yang sewaktu dengannya. Lawak 'hambar' yang ambo petik dari tweet seorang hamba Allah di twitter. Minggu peperiksaan dengan ungkapan "stress" cukup sinonim dan kamcing.


Tidak seperti semester sebelumnya, semester ini ambo hanya ada satu paper final. Bunyinya seperti nothing to be worried about. "Satu paper saja bro. Wat rilek, wat chill sudeyhh". Itu kata si polan. Walhal si polan tak tahu, satu paper itulah satu-satunya taruhan ambo untuk pastikan GPA semester ini tak merudum.

Di penghujung fasa pengajian ini, susunatur langkah perlu cermat. Maklumlah, salah langkah dan gagal bagi sebarang kursus sudah tiada masa lagi nak cover cacat cela pada cumulative grade pointer average (cgpa).

Bila perkatakan tentang CGPA ni, ada orang kata, "tak payah fikir pasal pointer sangat la hujung-hujung ni. Janji boleh grad ". Terhidu kelogikan disitu. Kalau betul nak jaga CGPA, dari awal lagi belajar betul-betul. Bukan di hujung-hujung baru nak kecoh nak kejar pointer. "Time wait for no man. Just go ahead". Cepat boleh konvo, cepat boleh cari kerja. Cepat dapat kerja, maka cepatlah boleh tolong mak ayah. Satu congakkan mudah. Tak perlu formula calculus mahupun apa-apa hukum fizik. Rezeki sudah Allah tentukan. Yang penting jangan mengeluh.
Kehidupan adalah peperiksaan yg paling susah. Ramai yang gagal kerana mereka meniru orang lain tanpa menyedari bahawa setiap orang mendapat kertas soalan yang berlainan.
Satu perkara yang ambo teringat. Yakni pesan ayahanda ambo. Tak panjang berjela macam falsafah aristotle ataupun puisi William Shakespears. Cuma seringkas dua baris ayat. "Bila berjaya maknanya kita diuji adakah kita bersyukur atau tidak. Bila gagal maknanya kita diuji lagi adakah kita bersabar atau tidak ".

Ringkas tapi mendalam maksudnya.


No comments:

Post a Comment