Thursday 5 June 2014

Tiada Masalah Tak Boleh Diselesaikan

Assalamualaikum!

Alhamdulillah, tak sia-sia rasanya (untuk setakat ini) tekad ambo untuk pergi berjumpa dengan Pn.Sham yang dulunya penolong pendaftar HEA. Tapi sekarang tak lagi. Sekarang telah beralih ke bahagian HEP. Meskipun masalah utamanya belum selesai. Tapi setidaknya terasa longgar sedikit himpitan tekanan projek tahun akhir.

Semacam ada harapan untuk ambo menggugurkan kursus projek tahun akhir tersebut. Langkah seterusnya cuma perlu mengadap Prof dekan untuk meluluskan permohonan tersebut. Jika ditanya kenapa nak gugurkan kursus berkenaan? Jawapan selamat yang boleh ambo kongsikan..tekanan+hilang punca!

Supervisor (SV) projek sudah lama bersara. Jadi ambo hilang punca untuk merujuk. Apa lagi sebab berbuat demikian.? Mau tidaknya dengan 5 jam kredit. Jadi meh sama-sama bayangkan jika ia gagal dan terpapar di result kelak...F!
Berbalik kepada peristiwa jumpa Pn.Sham. Sebelum ambo melangkah keluar dari pejabat beliau, satu pesanan dilontarkan.

"Jangan sampai fokus untuk final exam terjejas. Jaga solat. Banyakkan doa. Sabar. Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan." Ringkas tapi bermakna.
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.- [Surah Al Baqarah ayat 45&46] 

Satu perkara yang mungkin ambo dan kebanyakkan orang terlepas pandang apabila berdepan masalah. Yakni terlepas pandang pertolongan Allah. Begitu juga bila merancang satu perancangan. Kita umpama meletakkan Allah sebagai watak sampingan. Sedangkan kita tidak pernah terlepas dari pandangan-Nya.

UnsungJogho
4:59 a.m
Flat_5_Tingkat
Tenang_tunggu_Subuh

No comments:

Post a Comment