Monday 14 April 2014

Kita Adalah Juara..Kawan!

Salam,

Unsung Hero! Pasti semua pernah dengar perkataan ini. Unsung bermaksud tak diraikan, tidak diberi penghargaan. Unsung Hero pula boleh diertikan sebagai seorang indvidu yang memberikan sumbangan yang amat penting tetapi kurang diraikan sumbangan tersebut. Dalam kata lain unsung hero boleh diertikan sebagai wira yang tak didendang.

Tak semua orang nak jadi "unsung hero" ni. Sebab macam sia-sia berusaha tapi akhirnya tidak dihargai. Biasanya mereka ini buat sesuatu lebih mengharapkan penghargaan manusia. Di dambakannya sanjungan, penghormatan dari manusia. Namun tak ramai juga yang suka ditaburkan dengan puji-pujian dan tidak terlalu mengharapkan penghargaan dalam setiap apa yang dilakukan. Dalam bahasa mudahnya lebih selesa jadi "unsung hero". 

Jadi unsung hero ini kadang-kadang boleh mendatangkan tohmahan orang. Dilabelnya kita sebagai tak ada peranan. Tak berguna. Tak ada fungsi dalam sesuatu organisasi sebagai contohnya. Lalu akhirnya unsung hero ini tersingkir secara halus.

sumber :- msn.foxsport.com

Boleh jadi sebahagian kita tidak mengenali setiap satu para parajurit yang berjuang sampai ada yang terkorban. Mereka berjuang bermati-matian mempertahankan tanah air. Mereka itulah yang dipanggil "unsung heroes".

Masih ingat lagi setiap dari guru yang mengajar dan mendidik ketika di sekolah dulu-dulu. Di saat kita berjaya bergelar seorang jurutera, doktor, mahupun pensyarah berpangkat prof. Tak ada pula mereka datang menuntut penghargaan dari kita selaku anak murid. Kerana itulah mereka juga layak digelar "unsung heroes".

Dalam hidup ambo, "unsung heroes" berada di ranking pertama sudah tentu kedua ibu bapa. 

Sebenarnya ada seronoknya , jadi wira yang tak didendang ni. Kita sebenarnya sudah bebas dan terlepas dari menjadi hamba penghargaan manusia. Hidup pun jadi lebih tenang. Meskipun tiada sebarang sanjungan mahupun hamburan kata pujian, ketahuilah kita sebenarnya adalah juara yang sebenar. Truly A Champion.

Perjuangan, pengorbanan, penat lelah kita memerah keringat melakukan sesuatu perkara bermatlamatkan keredhaan Allah. Itu lah sepatutnya dan segala pujian adalah milik Dia.

No comments:

Post a Comment